Tambahkan keimanan..Tekadkan impian..Teruskan langkah..Cekalkan diri..Kekalkan kesabaran..
YES,U CAN!!~~

26 July 2011

Sajak Untukmu....




UNTUK MU YANG JAUH DARI CAKRAWALA HATIKU
UNTUKMU YANG JAUH DARI HADAPANKU
UNTUKMU YANG TERBITKAN LUKA DAN CINTA DI HATIKU
DAN UNTUKMU……….
YANG ADA DI DALAM HATI KECILKU



Ketika ini..aku termenung sendirian
melihat indahnya ciptaan Allah swt di bumi
yang fana ini
lalu mindaku jauh melayang
terkenangkan pada si dia
yang pada zahirnya jauh dari pandangan
mata ini
namun amat dekat di hati nuraniku

kehadiran insan itu dalam hidupku
ibarat sebutir mutiara yang bersinar
nun jauh di dasar lautan
berharga, bernilai buat diri ini
senyum tawanya, usikannya yg slalu buat aku tgelak,
dan bisikan romantisnya
sentiasa menari-nari di tubir mataku
aku bahagia ...

duhai putera hatiku
tiba masanya buatku pergi
bukan pergi selamanya
namun pemergian ini buat sementara cuma
demi kau dan aku
ku tahu kau mengerti semua ini

duhai sayangku
jangan sesekali air mata jernih membasahi
pipi sucimu
kerana terkenangkan memori kita bersama
mengertilah
aku akan sentiasa merinduimu
menyayangimu dan mencintaimu
setulus hati kecilku ini
hanya satu pintaku
sayangi dan cintailah diriku
bersama secangkir keikhlasan
disemai dengan setulus pengorbanan
dan bertemankan sesuci keikhlasan..
untuk hidup bersamaku..
bakal pemimpinku..dengar dan tenung kata hati ini
aku BERJANJI
akan sentiasa menyayangimu
dan mencintai dirimu
selagi nafasku tiada berhenti

duhai sayangku
kenanglah semua kata ini
kerana bicara Ini
ibarat bicara sekeping hatiku
I love you…

No comments:

Post a Comment